Kesal Demonstrasi ISA.
August 3, 2009
Merujuk tindakan pihak pembangkang mengadakan demonstarasi tempoh hari….
Apa dah jadi dengan negara kita tercinta ini “MALAYSIA” adakah rakyatnya ingin menjadi seperti negara-negara luar seperti Indonesia, Thailand dan negara-negara yang sering kita dengar dan lihat di kaca TV berlaku demonstarasi sebegini.
Kepada individu-individu yang terlibat dalam demonstrasi tempoh hari, apa yang anda dapat dan apa faedahnya anda mengadakan demonstrasi tersebut. PERSOALANNYA:-
1) Kemana perginya “ORANG-ORANG ATASAN SEPERTI HADI AWANG, LIM KIT SIANG DLL (yang turut memberi ceramah dalam perhimpunan itu)” kenapa tidak berarak sekali dan mengapa mereka ini lari selepas memberi ceramah pada hari demonstrasi tersebut?? adakah mereka “PENGECUT”???
2) Kepada segelintir rakyat-rakyat yang turut dalam demonstrasi “adakah anda tidak ada akal untuk berfirkir”?? jangan jadi seperti “LEMBU ATAU MONYET” yang hanya mengikut telunjuk tuannya sahaja tidak mampu untuk berfikir dengan waras, bertindak hanya mengikut perasaan. Tapi anda manusia ada akal yang dianugerahkan oleh Allah untuk berfikir.
3) kepada penuntut-penuntut di IPT yang turut serta dalam demonstrasi tersebut, buang duit mak bapak je hantar belajar sampai IPT, tapi otak letak kat lutut. Dengan hanya meneriman ganjaran RM50-RM100 sanggup turut serta. sekarang siapa yang susah, kerana anda akan dikenakan tindakan undang-undang. TAK FIKIR MAK BAPAK KE???
Sekarang siapa yang susah?? ANDA JUGA YANG SUSUAH.
adakah Hadi Awang, Lim Kit Siang, anWAR akan tolong anda?? jawapannya: TIDAK. Meraka hanya akan bergelak ketawa kerana AGENDA mereka berjaya di lakukan dan anda hanya menjadi “LEMBU” mereka sahaja.
kepada Hadi Awang, Beginikah Ajaran Nabi Muhammad s.a.w??? . NILAIKAN….
Mengapa mereka ini takut sangat kepada “ISA”?? Orang yang melakukan kesalahan sahaja yang takut pada undang-undang ISA.
KEPADA RAKYAT SELURUH MALAYSIA, BERFIKIRLAH DENGAN WARAS SEBELUM ANDA MELAKUKAN SESUATU. JANGAN JADI PAK TURUR SAHAJA TANPA MEMIKIRKAN KESANNYA TERHADAP DIRI KITA.
“HARI KIAMAT HAMPIR TIBA”
July 22, 2009
Hari kiamat merupakan hari pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi. Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia di himpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusi yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah , pada hari itu juga manusia akan dihisab amalannya .
Hari kiamat adalah satu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akan mati. Al-Quran banyak menyebut tentang KIAMAT itu sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Hajj:7.
Bermaksud: “ DAN SESUNGGUHNYA HARI KIAMAT ITU PASTI DATANG. TIDAK ADA KERAGUAN PADANYA”.
Dalam ayat lain Allah Berfirman: ” DAN TIDAKLAH KAMI CIPTAKAN LANGIT DAN BUMI SERTA APA YANG ADA PADA KEDUANYA MELAINKAN DENGAN BENAR DAN SESUNGGUHNYA KIAMAT ITU PASTI AKAN DATANG, MAKA MAAFKANLAH MEREKA DENGAN CARA YANG BAIK” (AL-HAJR:85)
Kepada umat-umat ISLAM mari kita fikir sejenak tentang tanda-tanda kecil menunjukkan hampirnya hari kiamat berdasarkan Hadis Sahih Nabi s.a.w. dengan melihat reality hidup kita serta kejadian yang berlaku pada manusia ketika ini.
Antara tanda-tanda kecil hari KIAMAT berdasarkan Hadis:-
Penaklukan Baitulmaqdis
Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)
Zina Berleluasa
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)
Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)
Menghias Masjid dan Membanggakannya
“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)
Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)
Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)
Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)
Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)
Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”
Bulan Sabit Kelihatan Besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)
Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)
Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)
Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)
Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang remaja, jadilah remaja yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti.
BESONYE BANGLO LGE….PANAZZZZ…
July 6, 2009

KEDIAMAN rasmi untuk Ketua Menteri Pulau Pinang di Seri Teratai, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Belum pun selesai kemelut Kampung Buah Pala, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibidas lagi.
Kali ini ekoran tindakan beliau berpindah dari kediaman rasmi di Seri Teratai di sini ke sebuah banglo mewah di Jalan Pinhorn.
Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, alasan untuk berpindah berikutan beberapa kerosakan pada bahagian dalam rumah akibat serangan anai-anai sukar diterima.
“Tindakan Guan Eng menggunakan alasan berpindah ke rumah sewa mewah minggu lalu hanya kerana kewujudan anai-anai, semut api dan musang amat mengecewakan kerana ia hanya masalah kecil yang dapat diatasi dengan mudah.
“Kita semua tahu, beliau memang suka menyalahkan orang lain, saya meminta beliau memberi penjelasan secara telus alasan sebenar mengapa perlu berpindah ke kediaman mewah itu,” katanya di sini semalam.
Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat
July 3, 2009
Diambil dari Blog YB Teresa Kok
Sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan, ramai penyokong kita tanya bilakah kita akan tubuhkan “shadow cabinet” seperti apa yang diadakan di UK dan negara-negara maju dan sebagainya.
Hari ini, sekreteriat Pakatan Rakyat mengumumkan senarai “shadow cabinet” kita, di mana setiap parti menghantar wakil dalam setiap kementerian.
Saya dah pakai banyak “topi” dan telah memikul tanggungjawab yang berat. Oleh itu, saya hanya mengambil peranan yang sejajar dengan peranan yang dimainkan oleh saya di Negeri Selangor, iaitu dalam Kementerian
Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian
Kementerian :
JABATAN PERDANA MENTERI
PKR
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamed Azmin Ali, YB Sivarasa Rasiah
YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, YB William Leong, YB Ahmad Kasim,
YB Fuziah Salleh
DAP
YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng, YB M Kulasegaran, YB Ngeh Koo Ham,
YB Gobind Singh Deo, YB M Manogaran
PAS
YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang, YB Ust Nasharudin Mat Isa,
YB Salahuddin Ayub, YB Dr Hatta Ramli, YB Dr Dzulkifli Ahmad, YB Taib Azamuddin,
YB Khalid Samad
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
YB Dato’ Johari Abdul , YB Salahuddin Haji Ayub, YB Karpal Singh
KEMENTERIAN KEWANGAN
YB Mohamed Azmin Ali, YB Dzulkifli Ahmad, YAB Lim Guan Eng
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim, YB Khalid Samad, YB Tan Kok Wai
KEMENTERIAN KERJA RAYA
YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas, YB Dato’ Mahfuz Omar, YB Gobind Singh Deo
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
YB Dato’ Rashid Din, YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah,
YB Er Teck Hwa
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YB Chua Tian Chang, YB Nasir bin Zakaria, YB Charles Anthony Santiago
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
YB William Leong, YB Dr Mohd Hatta Ramli, YB Teresa Kok
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
YB Ahmad Kassim, YB Taib Azamuddin Md Taib, YB Sim Tong Him
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
YB Azan Ismail, YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut, YB Jeff Ooi
KEMENTERIAN PELAJARAN
YB Yusmadi Yusoff, YB Che Uda Che Nik, YB Chong Eng
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
YB Amran Abdul Ghani, YB Dato’ Mahfuz Haji Omar, YB Teo Nie Ching
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
YB Abdullah Sani Abdul Hamid, YB Muhammad bin Husin, YB M Kulasegaran
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
YB Nurul Izzah Anwar , YB Dr Che Rosli Che Mat, YB Chow Kon Yeow
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB Hee Loy Sian, YB Dr Siti Mariah Mahmud, YB Nga Kor Ming
KEMENTERIAN PERTAHANAN
YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin,
YB Liew Chin Tong
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
YB Ab Aziz Ab Kadir, YB Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman, YB M Manogaran
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
YB Sivarasa Rasiah, YB Dato’ Kamarudin Jaffar, YB P Ramasamy
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
YB Tan Tee Beng, YB Mohd Firdaus bin Jaafar, YB Anthony Loke Siew Fook
KEMENTERIAN KESIHATAN
YB Dr Lee Boon Chye, YB Dr Mohd Hayati Othman, YB Dr Tan Seng Giaw
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB Zuraida Kamaruddin, YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf, YB Fong Po Kuan
KEMENTERIAN PELANCONGAN
YB Manikavasagam a/l Sundaram, YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah,
YB Fong Kui Lun
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
YB Wee Choo Keong, YB Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali, YB Lim Lip Eng
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
YB Zulkifli Nordin, YB Salahuddin Haji Ayub, YB Tony Pua
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB Gobalakrishnan a/l Nagapan, YB Dr Mujahid Yusof Rawa, YB Chong Chien Jen
KAH…KAH…KAH…, TERBAHAK-BAHAK AKU GELAK TENGOK SENARAI KABINET BAYANGAN PR…. SILA BERIKAN KOMEN ANDA.
“BANGAU OH BANGAU”
July 3, 2009
“Bangau oh bangau kenapa engkau kurus
macam mana aku tak kurus,
makan nasi mantah(2x).
nasi oh nasi kenapa engkau mantah
macam mana aku tak mantah
kayu habis basah(2x)
kayu oh kayu kenapa engkau basah
macam mana aku tak basah
hujan timpa aku(2x)
hujan oh hujan kenapa kau timpa kayu
macam mana aku tak timpa
katak panggil aku(2x)
katak oh katak kenapa kau panggil hujan
mcam mana aku tak panggil
ular nak makan aku(2x)
ular oh ular kenapa nak makan katak
macam mana aku tak makan
memang makanan aku(2x)”
cuba anda nyanyikan dan faham kan lagu ini. lagu ini boleh diibaratkan kepada PR . Apa sahaja perkara-perkara buruk atau pergolakan yang berlaku dalam PR sering kali di salah kan dan ditunding jari kepada orang lain dan menjadi mangsa kutukan dan mangsa umpatan mereka. Apa yang merek mahukan sebenarnya?.
Apa yang sudah berlaku di dalan PR, bergolakan demi pergolakan telah berlaku dan menampakkan parti PR di ambang kehancuran. Ahli-ahli politik di dalam PR memang benar-benar tidak tahu memainkan pernanan mereka sebagai “Wakil Rakyat”. beginikah sikap pemimpin-pemimpin yang hendak memimpin rakyat??? rakyat pun sudah muak dengan tingkah laku mereka ini. Janji hanya tinggal Janji, rakyat tidak mahu hanya mendengar ceramah dan bermacam-macam janji dan fitnah ditaburkan, rakyat mahu apa yang dijanjikan sebelum pilihan raya dahulu di tunaikan tetapi rakyat di negeri-negeri pemerintahan mereka ternyata telah diabaikan. mereka sering menuduh Kerajaan Barisan nasional yang tidak mengutamakan rakyat, siapa yang sebenarnye tidak mengutamakan rakyat?? “Paku dulang paku serpih mengata orang mereka yang lebih” sikap anWAR dan koncu-koncunye samalah seperti BANGAU OH BANGAU”
| KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Pergerakan Pemuda Umno pada Rabu menyambut baik pelawaan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk diadakan wacana mengenai pelbagai isu-isu semasa.Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata inisiatif tersebut dilihat sebagai suatu perkembangan baru dan besar memandangkan usaha untuk mengadakan perbincangan antara PAS dan Umno di peringkat pusat sebelum ini sering diganggu oleh parti lain dalam pakatan pembangkang.
“Saya melihat Pemuda PAS berani untuk mengorak langkah mereka tersendiri malah pelawaan ini menepati pandangan dan pemikiran Pemuda Umno yang mahu melihat terjalinnya kerjasama antara PAS dan Umno,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini Rabu. Selain itu, Khairy berkata kedua-dua pihak juga telah mencapai persetujuan untuk menubuhkan satu sekretariat bagi membincangkan secara lebih lanjut mekanisme wacana itu, termasuk format, masa, tempat dan tarikh serta tajuk yang difikirkan sesuai oleh Pemuda Umno. Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau turut mencadangkan agar sekretariat tersebut dapat bermesyuarat selepas berakhirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan pada 14 Julai ini. “Kami mahu tengok kejujuran dan keikhlasan kedua-dua pihak dalam hal ini, sekiranya tiada serangan peribadi dilakukan dalam ceramah pilihan raya kecil nanti, maka saya nampak muzakarah ini boleh diteruskan,” kata beliau. Beliau juga berpendapat bahawa wacana berkenaan tidak seharusnya terhad kepada isu-isu Melayu dan agama Islam sahaja sebalik harus melibatkan isu nasional seperti kebebasan demokrasi, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan aktivis mahasiswa. Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hasan Tantawi hari ini menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka bertajuk ‘Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam’ kepada Pemuda Umno yang diterima oleh Naib Ketuanya Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen. Menurut Nasruddin, secara dasarnya Pemuda PAS mencadangkan supaya wacana tersebut diadakan dengan kedua-dua pihak masing-masing mengemukakan empat wakil dengan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai ditentukan oleh Pemuda Umno. Beliau bagaimanapun memberikan tempoh seminggu kepada Pemuda Umno untuk menjawab jemputan itu selain cadangan supaya wacana itu diadakan secara terbuka yang boleh dihadiri oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan. – BERNAMA |
Komen/pendapat: Alhamdulillah, semoga perbincangan mencapai kata sepakat untuk mengukuhkan kembali hubungan antara orang melayu dan khususnye Umat Islam di Negara kita. Semoga tidak berlaku perpecahan. DIHARAPKAN TIDAK ADA ORANG/MAKHLUK YANG AKAN MENGHALANG AGENDA INI DAN AKAN BERJALAN LANCAR.
“BERHATI-HATI MEMBELI SEJADAH”
June 29, 2009
Kepada umat islam tolong berhati-hati bila nak beli sejadah. Ada pihak-pihak tertentu untuk memesongkan akidah umat islam. sila baca artikel di bawah ni untuk dijadikan panduan….
imam terkujut sejadah ada tanda salib!!
Imam terkejut sejadah baru mempunyai tanda salib
JOHOR BAHRU: Seorang imam terkejut apabila mendapati sejadah baru yang hendak digunakannya untuk menunaikan solat Isyak di rumah anak saudaranya di Putrajaya, Ahad minggu lalu mempunyai tanda salib di bahagian tengahnya.
Imam Masjid Larkin, Abdul Halim Kasmuri, 26, berkata salib bersaiz kecil di bahagian tempat sujud itu cukup mengganggunya untuk melaksanakan ibadat sebelum memutuskan menyimpannya bagi dijadikan bukti untuk tatapan orang lain.
“Saya meminta daripada anak saudara saya untuk menyimpannya untuk ditontonkan kepada orang lain bagi mengelak ia digunakan ketika menunaikan solat.
“Saya berharap umat Islam berhati-hati ketika memilih sejadah dengan meneliti corak yang terdapat pada sejadah terutama pada bahagian sujud,” katanya ketika datang ke pejabat Berita Harian di sini, semalam.
Abdul Halim berkata, walaupun mungkin tanda salib terjadi akibat kelemahan mesin yang menenun sejadah yang diperbuat di Turki itu, ia tidak sepatutnya berlaku kerana ia seolah-olah cubaan mengelirukan umat Islam secara tidak sedar.
“Sebelum ini, berita mengenai sejadah yang mempunyai tanda salib banyak dilaporkan tetapi selepas sekian lama ia senyap dan muncul kembali.
Trilogi UMNO Kafir Karya Nik Aziz Nik Mat
June 26, 2009

Pada Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS yang bersidang di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan, telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram”.
Kemudiannya sejarah politik orang Islam di negara ini menjadi kacau bilau sehingga menganggu kehidupan sosial mereka sekali. Hukum yang bersifat fatwa ini akhirnya diringkaskan dengan nama KAFIR BERIKAT. Pengikut-pengikut PAS mulalah menyebarkannya fatwa itu dari mulut ke- muiut dan kemuncaknya berlakulah pemulauan sakit mati, nikah kahwin dan seterusnya sembahyang berasingan.
Keadaan hanya reda seketika apabila Pas menyertai Barisan Nasional pada tahun 1970-an.
Apabila Pas keluar BN, fatwa dan pandangan UMNO sesat dikumandangkan semula.
Tahun 1978: Dewan Ulamak, PAS Kelantan dalam perjumpaan mereka di pondok Pasir Tumbuh, Kelantan sebaik-baik PAS dipecat daripada BN, sekali lagi membawa hukum berbentuk fatwa “Orang UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah”.
Pada 1981, Haji Hadi Awang (sekarang Presiden Pas) telah mengeluarkan fatwa baru mengenai kekafiran UMNO. “mati syahid isiapa yang menentang UMNO.”
Ketika itu berlaku satu lagi perpecahan serius di kalangan orang Islam. Keduri orang UMNO diboikot, solat yang diimamkan oleh imam kerajaan tidak sah, sembelihan ahli UMNO haram di makan. Malah ada keluarga yang bercerai berai kerana isu ini.
Kemuncaknya pada 1985, Ibrahim Libya dan rakan-rakan di Baling terbunuh kerana menganggap menentang polis dan kerajaan BN pimpinan UMNO adalah satu jihad. Matinya adalah mati syahid. Malahan Pas sendiri mengisytiharkan mereka yang mati ketika menyerang polis dengan parang sebagai mati syahid.
Hari ini di tahun 2009, ketika Hadi Awang sendiri nampak seperti pulang ke pangkal jalan dengan mencadangkan kerajaan perpaduan, Nik aziz membawa lagi isu UMNO kafir ini.
Kali ini UMNO disamakan dengan sebuah kumpulan ajaran sesat “Ayah Pin” – Kerajaan langit dan dengan sebuah ideologi yang menolak kepercayaan kepada tuhan – Komunis.
UMNO komunis dan serupa Ayah Pin kata Nik Aziz. Dengan kata lain tentulah UMNO ini kafir.
Dalam ketiga fasa pengkafiran UMNO (1963, 1978 dan 2009) diokestra oleh seorang bekas pegawai KEMAS yang mengangkat dirinya sebagai Ulama zuhud bernama Nik Aziz bin Nik Mat.
Wajah dan pemikiran ahli Pas mungkin ada yang telah berubah. Namun selagi Nik Aziz berada di atas selagi itulah semua ahli Pas harus menanggung dosa mengkafirkan orang Islam lain yang menjadi ahli UMNO.
Tazkirah – Jaga tutur kata elak sengketa
June 26, 2009
Islam agama yang menitikberatkan pelbagai aspek kehidupan manusia, daripada sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecilnya. Setiap perkara menyentuh kehidupan manusia sama ada berkaitan kehidupan di dunia mahupun alam akhirat diperincikan Allah dalam al-Quran.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana yang tidak pernah membiarkan hamba-Nya hidup tanpa panduan dan petunjuk. Oleh itu, maka wajarlah setiap inci perbuatan manusia, kelak akan dihitung dan dinilai serta diperlihatkan dengan seadil-adilnya.
Firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya).” (Surah az-Zalzalah, ayat 7-8)
Secara sedar atau tidak, tutur kata adalah antara perbuatan yang sukar untuk dikawal oleh manusia. Manusia dengan anugerah yang dikurniakan Allah berupaya untuk menuturkan apa saja kata-kata berdasarkan dorongan hati, nafsu dan akal mereka.
Sebagai manusia yang sentiasa sedar akan tujuan penciptaannya di muka bumi ini, kita harus ingat setiap apa yang dikatakan, sesungguhnya ia tidak terlepas daripada catatan malaikat yang memerhatikan setiap gerak-geri serta tingkah-laku.
Hal ini bertujuan memberi peringatan kepada kita bahawa setiap perlakuan ada nilainya di sisi Allah dan akan diberi balasan selayaknya. Firman Allah yang bermaksud: “Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di sampingnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaaf, ayat 18)
Hakikatnya, penuturan kata-kata baik dapat memberi kesan mendalam dalam diri pendengarnya. Dalam bidang dakwah misalnya, dengan hanya menggunakan kata-kata baik dan benar, secara mudah orang di luar sana akan terpikat dengan keindahan serta kebenaran Islam.
Hal ini jelas apabila Allah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk menemui Fir’aun sebagai satu cara menyeru ke jalan Allah, lalu diperintah keduanya menuturkan kata-kata lembut, bukan dengan angkuh dan bermegah-megah.
Firman Allah yang bermaksud: “Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia sudah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Surah Toha, ayat 43-44)
Begitulah pentingnya kata-kata yang baik, benar dan lemah lembut dalam proses dakwah sebenar. Keadaan ini bukan saja mencerminkan peribadi pendakwah yang cemerlang dan beretika, malah lebih besar daripada itu, mencerminkan keindahan Islam sebagai agama bersifat toleransi serta mulia.
Selain itu, dalam al-Quran dengan jelas Allah menyatakan bahawa antara ciri hamba-Nya yang cemerlang iaitu mendapat gelaran (‘ibad ar-Rahman) ialah mereka yang baik tutur katanya. Mereka yang apabila dihina atau dicerca oleh orang yang jahil (tidak berilmu), mereka tidak membalasnya kecuali dengan kata-kata baik dan indah.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (Surah al-Furqan, ayat 63)
Justeru, adalah menyedihkan jika dilihat orang berilmu dan berpendidikan tinggi bersikap terlalu emosional, tidak berhikmah dalam menangani sesuatu isu dan lebih teruk lagi merasakan dirinya sahajalah yang betul dan baik jika dibandingkan dengan yang lain.
Sebaliknya, sebagai orang yang dikurniakan Allah sekelumit daripada ilmu-Nya, kita seharusnya merasa rendah diri dan memilih kata-kata terbaik apabila berhadapan golongan yang tidak mengetahui atau kurang ilmunya.
Menyedari hakikat itu, marilah sama-sama kita mengubah diri dengan menjaga tutur kata supaya tidak menyumbang kepada tercetusnya pelbagai bentuk masalah ummah. Perlu diingat, kata yang baik, bukan sekadar susunan perkataan indah dan memuji, lebih penting ialah bersifat benar serta jauh daripada segala bentuk tipu daya.
Kebenaran adalah ciri utama yang memainkan peranan penting dalam penuturan kata indah dan mulia. Kata-kata baik yang memiliki kebenaran juga menjamin kesan mendalam dalam diri mereka yang mendengar dan mengamatinya.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.” (Surah al-Ahzab, ayat 70)
Sama-samalah kita menyedari peranan utama kita diciptakan iaitu untuk mengabdikan seluruh jiwa raga kepada Allah yang mencipta sekalian alam. Sesungguhnya tindak-tanduk dan perbuatan menjadi tanggungjawab kita sendiri ketika berhadapan dengan Allah di mahkamah keadilan-Nya kelak.
Lidah yang berperanan penting dalam menuturkan kata-kata tidak akan terlepas daripada nilaian dan timbangan keadilan Allah. Jauhilah daripada terus menuturkan kata-kata tidak berfaedah dan menyakiti hati serta perasaan orang lain.
Sebaliknya, basahilah lidah kita dengan ingatan yang tidak putus kepada-Nya pada waktu senang dan susah, supaya ketenangan sejati menyuburi hati kita.
Firman Allah yang bermaksud: “Orang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)
Marilah bersama mengubah sikap menjadi orang yang sentiasa berjaga-jaga terhadap setiap tingkah-laku seharian kita. Menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri segala nikmat diperoleh dan sentiasa membahagiakan orang lain dengan pengucapan kata-kata yang baik, indah dan benar.
Pada akhirnya, dengan izin Allah kehidupan kita akan bertambah baik dan dihiasi akhlak unggul, menepati tujuan diutuskan Nabi Muhammad SAW iaitu untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.
Renung-Renungkan
June 23, 2009





