KUALA LUMPUR 10 Ogos – Sultan Azlan Shah memberi amaran bahawa negara berada dalam bahaya jika undang-undang hanya diterima dan dihormati apabila ia menyebelahi diri atau kumpulan sendiri sebaliknya ia ditolak jika keputusannya memihak kepada pihak lawan.

Sultan Perak menegaskan, negara juga terdedah kepada bahaya jika undang-undang dan penguatkuasanya mahu diketepikan manakala rakyat pula mula mengambil tindakan dengan tangan sendiri berasaskan emosi, sentimen dan hawa nafsu.

Titah baginda, jika tidak dibendung secara berkesan, keadaan itu akan meruntuhkan ‘budaya bernegara’ secara sivil untuk diambil alih oleh ‘kaedah bernegara’ yang mengamalkan budaya hukum rimba dengan yang lemah menjadi ‘makanan’ kepada yang kuat.

“Oleh itu, undang-undang perlu dipertahankan sebagai instrumen penimbang tara, tidak harus sama sekali dijadikan instrumen politik atau dipolitikkan.

“Kriteria pertimbangan untuk menggubal, menghapus atau meminda undang-undang hendaklah diasaskan kepada kepentingan negara, kepentingan keselamatan dan kepentingan rakyat jelata,” titah baginda.

Sultan Azlan menjelaskan, kedaulatan undang-undang adalah suatu istilah lumrah, mudah disebut dan enak didengar namun susah hendak ditakrif serta diimplementasi malah amat sukar pula difahami dalam erti kata sebenar.

Tegas baginda, istilah kedaulatan undang-undang kadang kala diberi takrifan yang mengandungi unsur-unsur emosi untuk menyesuaikan dengan kehendak sesuatu pihak dan bukannya takrifan yang adil, benar, tepat dan berani berpandukan prinsip undang-undang.

“Lalu berlaku amalan menyimpang daripada semangat pemerintahan yang adil dan saksama hingga membolehkan terjadinya perbuatan salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan penindasan.

“Di pihak rakyat jelata pula, berlaku perbuatan yang bukan saja tidak menghormati undang-undang malah secara provokatif mencabarnya dengan tujuan mencetuskan huru-hara dan kekacauan agar kerajaan yang sah tidak dapat berfungsi secara berkesan,” titah baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Azlan menitahkan rakyat supaya membuat pertimbangan secara arif berhubung peristiwa-peristiwa yang dicetuskan secara tersurat dengan niat tersembunyi yang tersirat.

“Warga yang arif dan bijaksana perlu melihat sesuatu isu yang dibangkitkan dan tindak-tanduk politik yang sedang berlaku dari segi konsistensi suara dan perjuangan.

“Ia supaya negara yang aman lagi makmur ini tidak terjerumus dalam kancah huru-hara yang berterusan hingga sumber negara menjadi kurang produktif,” titah baginda.

SHAH ALAM 5 Ogos – UMNO Selangor hari ini mencabar Pas negeri agar mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Exconya, Ronnie Liu kerana menyalah guna kuasa dan mempersendakan hukum Islam dengan mengatakan bir bukan minuman keras.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar berkata, Pas juga dicabar berdemonstrasi demi menegakkan hukum Islam yang cuba diperlekehkan wakil rakyat DAP itu.

Beliau berkata, Pas sepatutnya tahu isu mana yang perlu diketengahkan jika benar apa yang diperjuangkan mereka adalah demi menegakkan syiar Islam.

‘‘Mana Exco Pas dan hero Pemuda Pas? Kenapa dia tidak buat demonstrasi dalam isu ini? Yang mana lebih penting demonstrasi untuk hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau demonstrasi menegakkan hukum Islam dan memecat orang yang cuba mempersendakan Islam.

‘‘Jadi kita nak cabar kalau Pas betul-betul berjuang demi Islam, dia patut membuat demonstrasi menentang apa yang telah dilakukan Ronnie kerana ini isu baru. Bukannya membuat demonstrasi menentang ISA yang merupakan isu lapuk dan bermusim.

‘‘Takkan nak biarkan saja rakan kongsi sebantal mereka yang tak faham hukum mengenai arak menjadi ulama dan memberi fatwa. Cukuplah Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bagi fatwa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bloggers Patriot – Misi Tawan Shah Alam dan Selangor di Bangunan UMNO Shah Alam di sini malam tadi.  petikan dari utusan.com.

 

Komen Teman:-

Apa lagi PAS, pegi le buat DEMONSTRASI BERARAK  1 Selangor ni. untuk memecat Ronnie Liu dari Exco Selangor yang telah mempersendakan Agama/hukum Islam. hari Ahad lepas beria-ia sangat berdemonstrasi nak mansuh I.S.A. haaa sekarang ni le peluangnye nak berdemonstrasi untuk mengakkan kan Agama. Manakah yang lebih penting sekarang ni wahai PAS????

Undang-undang/hukum-hukum Akhirat/ALLAH atau Undang-Undang Duniawi???? upps… aku lupa PAS kan takut pada DAP.  Rasanye sama le suasana seperti hukum hudud yang yang ingin dilaksanakan oleh PAS, Nik Ajis bersuara pasal hukum hudud. Karpal Singh bersuara sikit dah kecut perut.

Alahhhh, tapi percayalah ni sandiwara semata-semata. dekat-dekat nak Pilihan Raya Kecil  mula le depa berlakon. PRK di Manik Urai bertelagah pasal KANDANG BABI DI KEDAH , NAK TARIK UNDI… PRK DI PERMATANG PASIR BERTELAGAH PASAL ARAK LE PULAK. NAK TARIK UNDI JUGAK…. Bila PRK dah tinggal beberapa hari lagi nanti untuk mengundi, confirm depa ni berpelukan semula seperti sedarah sedaging….

Tak payah lah nak berlakon. kalau depa ni dicalonkan dalam Anugerah Filem-filem Malaysia confirm depa ni menang lah. hmmmm…..

 

KITA TENGOK NANTI, SIAPA YANG KENA……

 

 

 

Ahmad Said terima surat ancaman tembak balas dendam kematian Teoh

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menerima ancaman bunuh untuk membalas dendam atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, selepas disoal siasat SPRM, baru-baru ini.

Ancaman dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Ahmad Said itu diterima melalui pos oleh pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam pada 24 Julai lalu.

Pengirim surat bukan saja mengancam nyawa Ahmad Said, malah mengaitkan anggota keluarganya serta kakitangan dan pegawai suruhanjaya itu.

“Surat tulisan tangan itu menggunakan bahasa kesat untuk menyuarakan perasaan marah terhadap Ahmad Said, keluarganya dan pegawai SPRM berikutan kematian Teoh. Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam beberapa hari selepas menerima surat berkenaan,”

Dalam suratnya, penulis menyalahkan Ahmad Said dan SPRM atas kematian Teoh dan mengugut untuk menembak mereka serta berulang kali memakinya dan menyatakan tidak berpuas hati kerana SPRM kerana tidak bertindak terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) serta MCA dan hanya menyiasat pemimpin DAP.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai lalu di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor selepas disoal siasat sebagai saksi berhubung kes penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri.

 Kejadian itu mendorong kerajaan melaksanakan inkues bagi mencari punca kematian, manakala Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan prosedur soal siasat SPRM.

Ahmad Said ketika dihubungi berkata, ancaman seumpama itu sebahagian risiko yang perlu dihadapi ketika menunaikan tanggungjawab kepada negara dan rakyat.

“Semua kakitangan dan pegawai SPRM dinasihatkan berhati-hati dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jangan rasa tertekan dan hilang fokus dengan ugutan, sebaliknya semangat untuk menjalankan tugas perlu diutamakan selain menjaga keselamatan diri,” katanya.

Beliau berkata, nasihat itu diberikan kerana walaupun ancaman bunuh ditujukan kepada dirinya dan keluarga, pengirim secara umum menyatakan rasa marah terhadap SPRM keseluruhannya.

Mengenai penyebaran rakaman klip kejadian seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki yang dikatakan mempunyai kaitan dengan SPRM menerusi internet, Ahmad Said berkata, ia tidak membabitkan anggota SPRM dan lokasi rakaman juga bukan di pejabat agensi itu atau pejabat kerajaan, sebaliknya lebih mirip kepada pejabat pasar raya.

“SPRM mengutuk keras tindakan sedemikian dan berharap polis menyiasatnya dengan rapi. Orang ramai diharap tidak terpengaruh dengan dakwaan yang cuba memburukkan imej pasukan penguat kuasa,” katanya.

Laman blog advocateviews.blogspot.com menyiarkan klip rakaman lima minit yang memaparkan seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki hingga menimbulkan spekulasi ia adalah Teoh, manakala pihak yang memukulnya didakwa pegawai SPRM.

Ahmad Said berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti penyebaran rakaman itu.

KERATAN daripada surat ugutan yang diterima Ahmad Said.

 Kejadian itu mendorong kerajaan melaksanakan inkues bagi mencari punca kematian, manakala Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan prosedur soal siasat SPRM.

Ahmad Said ketika dihubungi berkata, ancaman seumpama itu sebahagian risiko yang perlu dihadapi ketika menunaikan tanggungjawab kepada negara dan rakyat.

“Semua kakitangan dan pegawai SPRM dinasihatkan berhati-hati dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jangan rasa tertekan dan hilang fokus dengan ugutan, sebaliknya semangat untuk menjalankan tugas perlu diutamakan selain menjaga keselamatan diri,” katanya.

Beliau berkata, nasihat itu diberikan kerana walaupun ancaman bunuh ditujukan kepada dirinya dan keluarga, pengirim secara umum menyatakan rasa marah terhadap SPRM keseluruhannya.

Mengenai penyebaran rakaman klip kejadian seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki yang dikatakan mempunyai kaitan dengan SPRM menerusi internet, Ahmad Said berkata, ia tidak membabitkan anggota SPRM dan lokasi rakaman juga bukan di pejabat agensi itu atau pejabat kerajaan, sebaliknya lebih mirip kepada pejabat pasar raya.

“SPRM mengutuk keras tindakan sedemikian dan berharap polis menyiasatnya dengan rapi. Orang ramai diharap tidak terpengaruh dengan dakwaan yang cuba memburukkan imej pasukan penguat kuasa,” katanya.

Laman blog advocateviews.blogspot.com menyiarkan klip rakaman lima minit yang memaparkan seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki hingga menimbulkan spekulasi ia adalah Teoh, manakala pihak yang memukulnya didakwa pegawai SPRM.

Ahmad Said berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti penyebaran rakaman itu.

 

 

Kenapa ISA perlu!

August 4, 2009

Ramai yang membantah ISA terutama di kalangan puak2 pembangkang. Adajuga di kalangan parti komponen BN seperti Gerakan dan MCA. Kenapa mereka marahkan sangat dengan ISA aku sendiri tidak pasti. Mungkin sebab dipengaruhi pihak2 tertentu yang mempunyai kepentingan politik peribadi.

Mereka menganggap ISA tidak perlu pada zaman sekarang sebab ISA diwujudkan untuk banteras komunis dan sekarangkomunis dah berkubur. Betul ke komunis dah benar-benar berkubur? Dan mereka juga kata ISA tidak perlu sebab sekarang sudah banyak undang-undang dan akta lain yang boleh digunakan.

Betul…aku setuju kita sudah gubal banyak undang-undang untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan negara. Tetapi mungkin mereka tidak sedar atau tidak tahu bahawa undang-undang yang ada, selain ISA sering dipermainkan oleh para peguam dan sering diperlekehkan.

Kalautak percaya lihatlah apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Dia yang dikenakan dakwaan meliwat tetapi dia mempermain-mainkan undang-undang sedia ada sehingga dia boleh menangguh-nangguhkan perjalanan perbicaraannya. Adilkah kepada mangsa iaitu Saiful Bukhari?

Bayangkan kes Anwar boleh dilengah-lengahkan oleh para peguam, apa pula akanberlaku jika ia melibat kes-kes lebih berat yang boleh mengancam keselamatan negara? Ketahuilah, orang yang bersalah sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka dibebaskan dan peguam yang mewakili mereka sanggup melakukan apa sahaja berdasarkan undang-undang yang ada untuk membebaskan anak guam. Asalkan bayarannya lumayan!

Aku tidak boleh lupa ramai penjenayah yang dihadapkan di mahkamah terlepas dari hukuman atau dikenakan hukuman ringan kerana para peguam mereka menggunakan kelemahan dalam undang-undang yang ada. Jadi mereka dibebaskan disebabkan oleh teknikal… bukan kerana mereka benar-benar tidak bersalah.

Jadi dengan adanya ISAsekurang-kurangnya mereka yang terlibat dengan anasir pengganas, gerakan bawah tanah dan gerakan yang boleh memudaratkan perpaduan kaum dalam negara dapat diredam bagi memastikan negara terus aman dan makmur.

Benar aku bersetuju jika ISA dipinda agar ia tidak disalah faham oleh orang ramai dan tidak boleh dijadikan modal oleh puak-puak yang ada kepentingan politik peribadi. Sebagai contoh, kuasa untuk menandatangani dokumen menahan mereka terlibat patut diserah kepadaPerdana Menteri dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan buka ndiberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri.

Begitujuga segi kesalahan perlulah benar-benar yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada perpaduan kaum dan lain-lain seperti yang aku nyatakan sebelum ini.

Sesungguhnya ISA masih diperlukan dan buatlah pindaan ke atasnya. Seperti kata PM Najib, orangramai patut memberikan cadangan tentang pindaan bagaimana yang perlu dibuat ke atas ISA dan bukannya berdemonstrasi mendesak ia dihapuskan.

Bukan apa, takut nanti apabila tiada lagi ISA ada pihak-pihak tertentu yang menggunakan kelemahan undang-undang negara untuk berbuat apa sahaja untuk memporak-perandakan negara. Ingat, banyak bangsa & negara diluar sana yang menanti untuk menakluk kekayaan negara dan pada masa sama ada pemimpin di negara ini yang menghulurkan tangan kepada bangsa asing supaya masuk campur dalam urusan negara.

Bayangkan ada ISA mereka berani berbuat apa sahaja, apa lagi kalau tiada ISA. Wanauzubillah!

Kesal Demonstrasi ISA.

August 3, 2009

Merujuk tindakan pihak pembangkang mengadakan demonstarasi tempoh hari….

Apa dah jadi dengan negara kita tercinta ini “MALAYSIA” adakah rakyatnya ingin menjadi seperti negara-negara luar seperti Indonesia, Thailand dan negara-negara yang sering kita dengar dan lihat di kaca TV berlaku demonstarasi sebegini.

Kepada individu-individu yang terlibat dalam demonstrasi tempoh hari, apa yang anda dapat dan apa faedahnya anda mengadakan demonstrasi tersebut. PERSOALANNYA:-

1) Kemana perginya “ORANG-ORANG ATASAN SEPERTI HADI AWANG, LIM KIT SIANG  DLL (yang turut memberi ceramah dalam perhimpunan itu)”  kenapa tidak berarak sekali dan  mengapa mereka ini lari selepas memberi ceramah pada hari demonstrasi tersebut?? adakah mereka “PENGECUT”???

2) Kepada segelintir rakyat-rakyat yang turut dalam demonstrasi “adakah anda tidak ada akal untuk berfirkir”?? jangan jadi seperti “LEMBU ATAU MONYET” yang hanya mengikut telunjuk tuannya sahaja tidak mampu untuk berfikir dengan waras, bertindak hanya mengikut perasaan. Tapi anda manusia ada akal yang dianugerahkan oleh Allah untuk berfikir.

3) kepada penuntut-penuntut di IPT yang turut serta dalam demonstrasi tersebut, buang duit mak bapak je hantar belajar sampai IPT, tapi otak letak kat lutut. Dengan hanya meneriman ganjaran RM50-RM100 sanggup turut serta. sekarang siapa yang susah, kerana anda akan dikenakan tindakan undang-undang. TAK FIKIR MAK BAPAK KE???

Sekarang siapa yang susah?? ANDA JUGA YANG SUSUAH.

adakah Hadi Awang, Lim Kit Siang, anWAR akan tolong anda?? jawapannya: TIDAK. Meraka hanya akan bergelak ketawa kerana AGENDA mereka berjaya di lakukan dan anda hanya menjadi “LEMBU” mereka sahaja. 

kepada Hadi Awang, Beginikah Ajaran Nabi Muhammad s.a.w??? . NILAIKAN….

 Mengapa mereka ini takut sangat kepada “ISA”?? Orang yang melakukan kesalahan sahaja yang takut pada undang-undang ISA.

KEPADA RAKYAT SELURUH MALAYSIA, BERFIKIRLAH DENGAN WARAS SEBELUM ANDA MELAKUKAN SESUATU. JANGAN JADI PAK TURUR SAHAJA TANPA MEMIKIRKAN KESANNYA TERHADAP DIRI KITA.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.