Nik Aziz seorang ‘tok guru politik’
July 29, 2009
Kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat tetapi menolak kerjasama dengan UMNO mengesahkan bahawa beliau adalah seorang ‘tok guru politik’.
Ia juga jelas menunjukkan Nik Abdul Aziz hanya mementingkan politik berbanding perpaduan ummah.
”Kenyataan terbaru ini menunjukkan Nik Abdul Aziz tak boleh pakai lagi sebab terlalu retorik dan lebih mementingkan politik daripada perpaduan ummah, politik lebih daripada segala-galanya.
Mursyidul Am Pas itu juga mengeluarkan kenyataan keras untuk menegakkan pendiriannya menolak sebarang kerjasama dengan UMNO apabila menyatakan: ”Pergi jahanamlah UMNO”.
”Jahanam adalah sebenarnya neraka untuk orang kafir, Karpal Singh yang patut jahanam sebab dia kata langkah mayatnya dulu sebelum tubuh negara Islam, UMNO tidak pernah menentang Islam.
”Pokoknya Nik Abdul Aziz tidak boleh pakai selepas ini.
“HARI KIAMAT HAMPIR TIBA”
July 22, 2009
Hari kiamat merupakan hari pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi. Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia di himpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusi yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah , pada hari itu juga manusia akan dihisab amalannya .
Hari kiamat adalah satu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akan mati. Al-Quran banyak menyebut tentang KIAMAT itu sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Hajj:7.
Bermaksud: “ DAN SESUNGGUHNYA HARI KIAMAT ITU PASTI DATANG. TIDAK ADA KERAGUAN PADANYA”.
Dalam ayat lain Allah Berfirman: ” DAN TIDAKLAH KAMI CIPTAKAN LANGIT DAN BUMI SERTA APA YANG ADA PADA KEDUANYA MELAINKAN DENGAN BENAR DAN SESUNGGUHNYA KIAMAT ITU PASTI AKAN DATANG, MAKA MAAFKANLAH MEREKA DENGAN CARA YANG BAIK” (AL-HAJR:85)
Kepada umat-umat ISLAM mari kita fikir sejenak tentang tanda-tanda kecil menunjukkan hampirnya hari kiamat berdasarkan Hadis Sahih Nabi s.a.w. dengan melihat reality hidup kita serta kejadian yang berlaku pada manusia ketika ini.
Antara tanda-tanda kecil hari KIAMAT berdasarkan Hadis:-
Penaklukan Baitulmaqdis
Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)
Zina Berleluasa
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)
Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)
Menghias Masjid dan Membanggakannya
“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)
Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)
Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)
Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)
Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)
Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”
Bulan Sabit Kelihatan Besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)
Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)
Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)
Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)
Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang remaja, jadilah remaja yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti.
GAMBAR Penyokong Pas
July 14, 2009
Pr yang tepati janji …..
July 7, 2009
Penduduk Kampung Buah Pala kecewa Pakatan Rakyat tak realisasi manifesto pilihan raya
GEORGETOWN: Janji tinggal janji. Itulah yang boleh diperkatakanmengenai situasi berlaku di Kampung Buah Pala, Gelugor atau lebihdikenali High Chaparral Pulau Pinang yang wujud sejak 100 tahun lalu.
Ini kerana ia menjadi saksi kegagalan Pakatan Rakyat (PR)Pulau Pinang untuk menunaikan janji manis yang dibuat kepada pendudukketika kempen pilihan raya umum, Mac tahun lalu.
Ketika itu, ramai pemimpin PR berkunjung ke kampungitu untuk memancing undi dengan menabur janji akan mengembalikan hakpenduduk jika mereka memerintah negeri ini.
Seorang warga emas, A Drabiam, 84, ketika menceritakan detikPenasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahimberjanji kepadanya, menyatakan Anwar memegang kepalanya dengan berkata:
“Pak cik jangan bimbang, kalau kita menang saja negeri ini(Pulau Pinang) tanah ini akan menjadi milik penduduk… tunggu saja,¡±katanya.
Tetapi, selepas 15 bulan janji itu ditabur, ternyata ia masih belumdapat direalisasikan yang menyebabkan nasib Drabiam dan 22 keluargatinggal di kampung berkenaan seperti telur di hujung tanduk.
Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, CTharmaraj ketika ditemui melahirkan rasa kecewa serta marah terhadapkegagalan kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng menunaikan janjinya.
”Mana janji mereka hendak mengembalikan tanah kami semula. Mereka ini hanya tahu berjanji tetapi tidak tahu menunaikannya.
“Kami mengerti yang keputusan sudah dibuat mahkamah tetapitidak bolehkah mereka berbuat sesuatu seperti mengambil balik tanah itudengan kuasa dimiliki kerajaan negeri,” katanya.
Mahkamah Tinggi pada tahun lalu memihak kepada penduduk, bagaimanapunpada 11 Mei lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pemilik sah tanahitu adalah Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang serta pemaju,Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.
Penduduk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan tetapi pada24 Jun lalu mahkamah berkenaan memutuskan penduduk tiada hak dan diarahmengosongkan rumah selewat-lewatnya 2 Ogos ini.
Sebelum hanya 10 keluarga mengambil keputusan berpindah danmenerima pampasan berjumlah antara RM140,000 hingga RM260,000, manakalaselebihnya terus tinggal di kampung itu.
Tharmaraj yang tidak dapat menahan kesedihan apabilamengenangkan nasib penduduk yang rumah mereka bakal dirobohkan,mempertikaikan kredibiliti kerajaan negeri yang didakwanya tidakmengenang budi pengundi.
“Apabila mahukan undi kami, mereka datang merayu denganmemberikan pelbagai janji. Tetapi, apabila sudah tidak mampu merekaberdolak dalik pula dengan pelbagai alasan.
“Mereka bukan saja harus mengenang jasa ketika itu, malahnenek moyang kami yang membekalkan susu sebanyak 300 liter seharikepada Hospital Pulau Pinang (HPP) pada awal penubuhannya,” katanya.
Tindakan Ketua Menteri yang enggan menemui penduduk termasukketika penduduk membuat bantahan bersama Barisan Bertindak Hak-HakHindu (Hindraf), minggu lalu, meningkatkan lagi kemarahan penduduk.
¡°Kenapa tidak mahu berjumpa dengan kami? Janganlah berbincangdengan pemaju tanpa wakil penduduk kerana kami juga mempunyai hak untukmenyuarakan pendapat serta mengetahui apa terjadi.” kata SetiausahaPertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, J Stephen.
Kerajaan negeri pula mempertahankan kredibiliti mereka denganmengatakan sudah berjuang dengan sedaya upaya dan menganggap kejayaanmelambatkan operasi meroboh adalah kejayaan paling besar.
Guan Eng dipetik berkata, rumah penduduk kampung berkenaansudah lama dirobohkan jika tiada campur tangan kerajaan negeri yangmenugaskan dua Timbalannya, Mansor Othman dan Dr P Ramasamy.
¡°Saya rasa mereka berdua serta pemimpin Pakatan Rakyat lainsudah menjalankan tugas dengan baik. Saya minta penduduk bersabarkerana kerajaan negeri sedang mencari jalan penyelesaian,” katanya.
Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk kerajaan negerimencari satu jalan penyelesaian kerana kedua-dua pihak (pemaju danpenduduk) mempunyai pendapat berbeza.
Pemaju mahukan tanah itu dikosongkan menjelang 3 Ogos ini,manakala penduduk pula mahu terus tinggal di perkampungan itu walaupunditawarkan pampasan tinggi.
Kini terletak kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu itu bagi memastikan tidak berlaku kejadian buruk.Masa tiga minggu yang masih ada perlu digunakan sebaik mungkin bagimencari jalan penyelesaian.
JANJI HANYA TINGGAL JANJI, RAKYAT PENANG SENGSARA DEK KERENA JANJI YANG TIDAK PERNAH DITEPATI…..
dipetik dari cari.com.
Manohara hutang RM1 juta
July 6, 2009

KOTA BHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakry Petra Sultan Ismail Petra, semalam memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, menuntut isterinya, Manohara Odelia Pinot, menjelaskan hutang berjumlah hampir RM1 juta.
Tengku Muhammad Fakry, 31, selaku plaintif mengemukakan saman berkenaan melalui peguamnya, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di sini, kira-kira jam 12.10 tengah hari.
Berdasarkan saman yang difailkan di depan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Abdullah Kutty, plaintif meminta Manohara, bekas model terkenal Indonesia, selaku defendan menjelaskan hutang berkenaan.
Beberapa minit kemudian, plaintif turut memfailkan saman kedua yang meminta defendan kembali taat kepadanya selepas tempoh diberikan sebelum ini iaitu pada 2 Julai lalu, tamat dan defendan masih enggan kembali kepadanya.
Saman kedua itu dikemukakan selepas saman pertama difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Fazlina Mohd @ Mohd Nor.
Serentak dengan kedua-dua saman itu, Tengku Muhammad Fakry turut mengemukakan permohonan interlokutori bagi membolehkan penyampaian saman itu dibuat di luar bidang kuasa mahkamah.
Tindakan itu bagi membolehkan saman disampaikan secara kendiri oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, dengan mengiklankan saman dalam akhbar negara itu atau melalui pos berdaftar.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula untuk kedua-dua kes saman itu, masing-masing di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah, pada 2 Ogos ini.
Berdasarkan pernyataan tuntutan saman pertama di Mahkamah Tinggi Syariah, Tengku Muhammad Fakry mendakwa bernikah dengan defendan pada 2 Ogos 2008 di Istana Mahkota Kubang Kerian dengan berwali hakim.
Plaintif mendakwa sebelum perkahwinan itu, defendan ada meminjam sejumlah wang daripadanya untuk kegunaan peribadi dan ibunya yang berjumlah RM338,500.
Jumlah itu termasuk pembelian jam tangan berjenama bernilai RM174,000 pada 25 Oktober 2005 dan pengiriman wang melalui sebuah bank, membabitkan transaksi bernilai RM164,500 pada 17 Jun tahun lalu.
Sepanjang tempoh perkahwinan itu, plaintif juga memberikan defendan pinjaman wang untuk kegunaan peribadi berjumlah RM634,250 termasuk kiriman wang sebanyak empat kali bermula pada 4 September 2008 dan terakhir 22 Januari 2009.
Plaintif juga mendakwa ketika saman itu difailkan, defendan tidak pernah atau masih belum menjelaskan sebarang amaun daripada keseluruhan jumlah hutang kepada plaintif atau mana-mana wakilnya.
Bagi tuntutan di Mahkamah Rendah Syariah pula, Tengku Muhammad Fakry mendakwa sejak awal perkahwinan hingga Mei lalu, rumah tangga mereka bahagia dan harmoni tanpa sebarang masalah.
Hanya pada 31 Mei lalu, ketika plaintif dan defendan berada di Singapura kerana melawat ayahanda plaintif yang juga Sultan Kelantan yang sedang gering dan mendapat rawatan di sebuah hospital, defendan atas inisiatif sendiri pulang ke negara asal dan sejak tarikh itu, defendan tidak pulang ke pangkuan plaintif sebagai suami yang sah.
Malah, katanya, defendan dan ibunya melalui media di Indonesia mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.
Ketika ditemui di luar mahkamah selepas memfailkan saman berkenaan, Zainul Rijal berkata untuk kes syariah setakat saman saja dan pihaknya akan menyerahkan saman kepada Manohara melalui perintah yang dikeluarkan mahkamah.
“Kita akan lihat sama ada Manohara datang atau tidak. Jika benar dia mempunyai pembelaan, datanglah ke mahkamah syariah, buat pembelaan dan memberi peluang kepada mahkamah untuk buat perbicaraan dengan adil.
“Ia selaras dengan titah Pemangku Sultan supaya kes berkenaan diadili dengan seadil-adilnya oleh mahkamah.
“Ini permasalahan antara suami isteri. Ini tidak membabitkan pihak istana dan negara. Itu yang kita failkan antara individu suami dan isteri. Jika benar Manohara mempunyai pembelaan, datang ke mahkamah pada 2 Ogos ini untuk memberi persepsi dan keterangan,” katanya.
FAKTA
BESONYE BANGLO LGE….PANAZZZZ…
July 6, 2009

KEDIAMAN rasmi untuk Ketua Menteri Pulau Pinang di Seri Teratai, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Belum pun selesai kemelut Kampung Buah Pala, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibidas lagi.
Kali ini ekoran tindakan beliau berpindah dari kediaman rasmi di Seri Teratai di sini ke sebuah banglo mewah di Jalan Pinhorn.
Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, alasan untuk berpindah berikutan beberapa kerosakan pada bahagian dalam rumah akibat serangan anai-anai sukar diterima.
“Tindakan Guan Eng menggunakan alasan berpindah ke rumah sewa mewah minggu lalu hanya kerana kewujudan anai-anai, semut api dan musang amat mengecewakan kerana ia hanya masalah kecil yang dapat diatasi dengan mudah.
“Kita semua tahu, beliau memang suka menyalahkan orang lain, saya meminta beliau memberi penjelasan secara telus alasan sebenar mengapa perlu berpindah ke kediaman mewah itu,” katanya di sini semalam.
Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat
July 3, 2009
Diambil dari Blog YB Teresa Kok
Sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan, ramai penyokong kita tanya bilakah kita akan tubuhkan “shadow cabinet” seperti apa yang diadakan di UK dan negara-negara maju dan sebagainya.
Hari ini, sekreteriat Pakatan Rakyat mengumumkan senarai “shadow cabinet” kita, di mana setiap parti menghantar wakil dalam setiap kementerian.
Saya dah pakai banyak “topi” dan telah memikul tanggungjawab yang berat. Oleh itu, saya hanya mengambil peranan yang sejajar dengan peranan yang dimainkan oleh saya di Negeri Selangor, iaitu dalam Kementerian
Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian
Kementerian :
JABATAN PERDANA MENTERI
PKR
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamed Azmin Ali, YB Sivarasa Rasiah
YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, YB William Leong, YB Ahmad Kasim,
YB Fuziah Salleh
DAP
YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng, YB M Kulasegaran, YB Ngeh Koo Ham,
YB Gobind Singh Deo, YB M Manogaran
PAS
YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang, YB Ust Nasharudin Mat Isa,
YB Salahuddin Ayub, YB Dr Hatta Ramli, YB Dr Dzulkifli Ahmad, YB Taib Azamuddin,
YB Khalid Samad
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
YB Dato’ Johari Abdul , YB Salahuddin Haji Ayub, YB Karpal Singh
KEMENTERIAN KEWANGAN
YB Mohamed Azmin Ali, YB Dzulkifli Ahmad, YAB Lim Guan Eng
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim, YB Khalid Samad, YB Tan Kok Wai
KEMENTERIAN KERJA RAYA
YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas, YB Dato’ Mahfuz Omar, YB Gobind Singh Deo
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
YB Dato’ Rashid Din, YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah,
YB Er Teck Hwa
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YB Chua Tian Chang, YB Nasir bin Zakaria, YB Charles Anthony Santiago
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
YB William Leong, YB Dr Mohd Hatta Ramli, YB Teresa Kok
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
YB Ahmad Kassim, YB Taib Azamuddin Md Taib, YB Sim Tong Him
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
YB Azan Ismail, YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut, YB Jeff Ooi
KEMENTERIAN PELAJARAN
YB Yusmadi Yusoff, YB Che Uda Che Nik, YB Chong Eng
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
YB Amran Abdul Ghani, YB Dato’ Mahfuz Haji Omar, YB Teo Nie Ching
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
YB Abdullah Sani Abdul Hamid, YB Muhammad bin Husin, YB M Kulasegaran
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
YB Nurul Izzah Anwar , YB Dr Che Rosli Che Mat, YB Chow Kon Yeow
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB Hee Loy Sian, YB Dr Siti Mariah Mahmud, YB Nga Kor Ming
KEMENTERIAN PERTAHANAN
YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin,
YB Liew Chin Tong
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
YB Ab Aziz Ab Kadir, YB Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman, YB M Manogaran
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
YB Sivarasa Rasiah, YB Dato’ Kamarudin Jaffar, YB P Ramasamy
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
YB Tan Tee Beng, YB Mohd Firdaus bin Jaafar, YB Anthony Loke Siew Fook
KEMENTERIAN KESIHATAN
YB Dr Lee Boon Chye, YB Dr Mohd Hayati Othman, YB Dr Tan Seng Giaw
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB Zuraida Kamaruddin, YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf, YB Fong Po Kuan
KEMENTERIAN PELANCONGAN
YB Manikavasagam a/l Sundaram, YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah,
YB Fong Kui Lun
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
YB Wee Choo Keong, YB Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali, YB Lim Lip Eng
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
YB Zulkifli Nordin, YB Salahuddin Haji Ayub, YB Tony Pua
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB Gobalakrishnan a/l Nagapan, YB Dr Mujahid Yusof Rawa, YB Chong Chien Jen
KAH…KAH…KAH…, TERBAHAK-BAHAK AKU GELAK TENGOK SENARAI KABINET BAYANGAN PR…. SILA BERIKAN KOMEN ANDA.
“BANGAU OH BANGAU”
July 3, 2009
“Bangau oh bangau kenapa engkau kurus
macam mana aku tak kurus,
makan nasi mantah(2x).
nasi oh nasi kenapa engkau mantah
macam mana aku tak mantah
kayu habis basah(2x)
kayu oh kayu kenapa engkau basah
macam mana aku tak basah
hujan timpa aku(2x)
hujan oh hujan kenapa kau timpa kayu
macam mana aku tak timpa
katak panggil aku(2x)
katak oh katak kenapa kau panggil hujan
mcam mana aku tak panggil
ular nak makan aku(2x)
ular oh ular kenapa nak makan katak
macam mana aku tak makan
memang makanan aku(2x)”
cuba anda nyanyikan dan faham kan lagu ini. lagu ini boleh diibaratkan kepada PR . Apa sahaja perkara-perkara buruk atau pergolakan yang berlaku dalam PR sering kali di salah kan dan ditunding jari kepada orang lain dan menjadi mangsa kutukan dan mangsa umpatan mereka. Apa yang merek mahukan sebenarnya?.
Apa yang sudah berlaku di dalan PR, bergolakan demi pergolakan telah berlaku dan menampakkan parti PR di ambang kehancuran. Ahli-ahli politik di dalam PR memang benar-benar tidak tahu memainkan pernanan mereka sebagai “Wakil Rakyat”. beginikah sikap pemimpin-pemimpin yang hendak memimpin rakyat??? rakyat pun sudah muak dengan tingkah laku mereka ini. Janji hanya tinggal Janji, rakyat tidak mahu hanya mendengar ceramah dan bermacam-macam janji dan fitnah ditaburkan, rakyat mahu apa yang dijanjikan sebelum pilihan raya dahulu di tunaikan tetapi rakyat di negeri-negeri pemerintahan mereka ternyata telah diabaikan. mereka sering menuduh Kerajaan Barisan nasional yang tidak mengutamakan rakyat, siapa yang sebenarnye tidak mengutamakan rakyat?? “Paku dulang paku serpih mengata orang mereka yang lebih” sikap anWAR dan koncu-koncunye samalah seperti BANGAU OH BANGAU”
| KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Pergerakan Pemuda Umno pada Rabu menyambut baik pelawaan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk diadakan wacana mengenai pelbagai isu-isu semasa.Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata inisiatif tersebut dilihat sebagai suatu perkembangan baru dan besar memandangkan usaha untuk mengadakan perbincangan antara PAS dan Umno di peringkat pusat sebelum ini sering diganggu oleh parti lain dalam pakatan pembangkang.
“Saya melihat Pemuda PAS berani untuk mengorak langkah mereka tersendiri malah pelawaan ini menepati pandangan dan pemikiran Pemuda Umno yang mahu melihat terjalinnya kerjasama antara PAS dan Umno,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini Rabu. Selain itu, Khairy berkata kedua-dua pihak juga telah mencapai persetujuan untuk menubuhkan satu sekretariat bagi membincangkan secara lebih lanjut mekanisme wacana itu, termasuk format, masa, tempat dan tarikh serta tajuk yang difikirkan sesuai oleh Pemuda Umno. Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau turut mencadangkan agar sekretariat tersebut dapat bermesyuarat selepas berakhirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan pada 14 Julai ini. “Kami mahu tengok kejujuran dan keikhlasan kedua-dua pihak dalam hal ini, sekiranya tiada serangan peribadi dilakukan dalam ceramah pilihan raya kecil nanti, maka saya nampak muzakarah ini boleh diteruskan,” kata beliau. Beliau juga berpendapat bahawa wacana berkenaan tidak seharusnya terhad kepada isu-isu Melayu dan agama Islam sahaja sebalik harus melibatkan isu nasional seperti kebebasan demokrasi, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan aktivis mahasiswa. Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hasan Tantawi hari ini menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka bertajuk ‘Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam’ kepada Pemuda Umno yang diterima oleh Naib Ketuanya Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen. Menurut Nasruddin, secara dasarnya Pemuda PAS mencadangkan supaya wacana tersebut diadakan dengan kedua-dua pihak masing-masing mengemukakan empat wakil dengan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai ditentukan oleh Pemuda Umno. Beliau bagaimanapun memberikan tempoh seminggu kepada Pemuda Umno untuk menjawab jemputan itu selain cadangan supaya wacana itu diadakan secara terbuka yang boleh dihadiri oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan. – BERNAMA |
Komen/pendapat: Alhamdulillah, semoga perbincangan mencapai kata sepakat untuk mengukuhkan kembali hubungan antara orang melayu dan khususnye Umat Islam di Negara kita. Semoga tidak berlaku perpecahan. DIHARAPKAN TIDAK ADA ORANG/MAKHLUK YANG AKAN MENGHALANG AGENDA INI DAN AKAN BERJALAN LANCAR.




